Suatu hari, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Salmah (bukan nama sebenar) menghubungi seorang motivator kerana inginmenyatakan kesalnya yang dilahirkan sebagai wanita. Berikut merupakan antara perbualan mereka :-
Salmah: Doktor, saya kesal..kesal..kesal kerana saya seorang wanita..
Motivator: Kenapa?
Salmah: Banyak kurangnya menjadi wanita ni doktor, bahkan agama pun meletakkan wanita pada kedudukan second class. Dalam pembahagian harta secara faraid wanita mendapat kurang daripada lelaki. Sebijak manapun wanita dia terpaksa tunduk sahaja kepada keputusan suami. Dalam bidang pekerjaan dia didiskriminasi dan mengalami gangguan2 seksual. Kuasa mencerai hanya pada lelaki. Biarpun seseorang suami itu jahat, isteri terpaksa patuh dan tidak ada kuasa memilih. Dia tidak boleh melawan sebab Nabi pernah berkata, kalaulah manusia dibenarkan sujud kepada makhluk, nescaya aku akan suruh para isteri sujud kepada suaminya. mengapa wanita diberikan kedudukan yang begitu, sedangkan golongan kamilah yang melahirkan lelaki? Mengapa wanita tidak boleh disamaratakn supaya kami boleh bersaing? Di situ kita akan lihat siapa sebenarnya yang lebih hebat.
Motivator : Jadi, anda hendak jadi lelakilah?
Salmah: Bukan begitu, saya cuma mahukan hak yang sama dengan lelaki.
Motivator : Kalau anda mempunyai kuasa yang sama dengan suami anda, kemudian dalam perkahwinan itu ada yang tak kena, rasa-rasa siapa akan menceraikan siapa?
Salmah: Siapa yang menyebut dululah.
Motivator : Andailah anda terlambat sedikit daripada suami?
Salmah: ( Diam )
Motivator : Tak usahlahkita fikirkan perkara yang tak mungkin akan berlaku tu. Mengapa anda tidak sedari betapa beruntungnya anda menjadi seorang wanita. Setiap orang perlu berasa beruntung dengan apa yang dia ada. Dari situlah anda akan dapat motivasi diri.
Salmah: Apa untungnya jadi wanita?
Motivator : Anda pernah tak mendengar hadis nabi s.a.w tentang doa wanita lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayang nya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah s.a.w mengapa begitu, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"
Salmah: ( Diam )
Motivator : Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. Ini tidak ada pada lelaki. Orang lelaki tidak bolah mengandung, dia tidak dapat keistimewaan ini.
Salmah: (Diam lagi )
Motivator : Anda tau ke hadis yg mengatakan apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala org yang berjihad pada jalan Allah? Maknanya dia tak perlu pergi berperang untuk mendapat pahala jihad.
Salmah: ( Masih diam )
Motivator : Dan yang paling penting sekali Syurga di bawah tapak kai ibu. Ibu tentulah seorang wanita. Apakah anda tidak berasa beruntung Syurga berada di bawah tapak kaki anda ?
Nah..betapa beruntungnya kedudukan wanita. Sebenarnya, banyak lagi hadis2 lain tentang keistimewaan menjadi wanita ini. Ini baru sedikit sahaja. Wahai para wanita..usah lah anda pertikaikan lagi kedudukan dan keistimewaan anda sebagai seorang wanita. Bersyukurlah sekiranya anda seorang wanita..bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah pada mu..Semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita..